Ramai antara kita tak sedar dan tak tahu mengenai perkara ini... mari kita kongsi bersama maklumat ini... bukalah mata kita semua wahai kaum wanita... bahaya menanti kita.... risiko menanti kita.....
Kertas buangan, agen pelunturan yang berkarsinogen, agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang memproses tuala wanita pakai-buang di pasaran. Kertas buang termasuklah kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu yang tekah disembunyikan bakteria serta kuman merbahaya. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Sejenis toksin yang dinamakan DIOKSIN akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin ini. Setelah proses-proses ini selesai, terhasillah produk pakai-buang wanita seperti tuala wanita, pantiliner dan tampon.
Kesan ketoksidan DIOKSIN amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding Arsenic. Ia juga digelar sebagai 'Toksin Yang paling Kuat' pada zaman kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan DIOKSIN sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan DIOKSIN dalam tahap rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

Hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai tuala wanita herba.
013-7856411